bground

Sunday, August 22, 2010

Definisi :: Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran & Penilaian ::


1. Apa itu Pentaksiran (Assessment)?
  • Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)
  • Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.
  • Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. (Zamrina, 1996)
2. Apa itu Pengujian ?
  • Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. (Kamus Dewan Bahasa, Edisi 4)

3. Apa itu Pengukuran (Measurement)?
  • Pengukuran merupakan suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu dan merujuk proses memberi penjelasan berangka bagi suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau peristiwa mengikut peraturan tertentu. 
  • Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian. (Ismail Daud,1998)

4. Apa itu Penilaian (Evaluation)?
  • Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. (Gray,1985)


Saturday, August 21, 2010

E-Portfolio




Apa itu e-portfolio?

• Koleksi artifak dari koleksi peribadi atau organisasi
• menunjukkan perkembangan diri / pengetahuan
• disimpan secara eletronik - Web-based (web-folio) / CD
• dikendali sendiri oleh individu / organisasi




Contoh-contoh e-portfolio :

1)

Portfolio Pengajaran (Teaching Portfolio) :
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran yang terpilih.
  • Dokumen pencapaian, maklumbalas, perkembangan dalam pengajaran.
  • Bagi seseorang pengajar / pensyarah.
  • Bukti kesan sesuatu teknik pembelajaran.

2)

Porfolio Pelajar (Student Portfolio) :
  • Portfolio peribadi untuk tujuan mendokumen maklumat dan perkembangan pembelajaran atau untuk kegunaan dalam sesuatu kursus.
  • Refleksi perkembangan pembelajaran bagi seseorang pelajar untuk sesuatu tempoh.

3)

Portfolio Kursus (Course Portfolio) :
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran.
  • Bagi sesuatu kursus untuk sesuatu tempoh tertentu.
  • Pengurusan masa pembelajaran sesuatu kursus.
  • Kaedah berkomunikasi di antara pensyarah dan pelajar.
  • Perkongsian maklumat dengan pensyarah-pensyarah lain.

Kepentingan e-portfolio :
    1. Dapat mengumpul dan menyusun dokumen dan artifak-artifak yang menunjukkan perkembangan diri dan kerjaya seseorang terutamanya apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat.
    2. Dapat menggalakkan invidu bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya.
    3. Dapat memudahkan pencapaian dokumen dan artifak-artifak ini apabila diperlukan.
    4. Dapat berkongsi pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
       

    Wednesday, July 28, 2010

    Ulasan Buku

      
    ULASAN BUKU

    Judul Buku :
    Qualitative Research For Education (An Introduction to Theory and Methods)

    Penulis :
    Robert C. Bogdan & Sari Knopp Biklen

    Tahun Terbitan : 2006

    Bilangan Halaman : 248 muka surat

    Pengenalan
    Buku ini adalah teks pengenalan berkenaan kaedah kualitatif dalam penyelidikan pendidikan.
    Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Buku ini juga membincangkan mengenai teori-teori dan metodologi yang disarankan dalam kaedah penyelidikan kajian kualitatif. Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah dan praktikal dan membantu penyelidik yang baru mula menceburi bidang penyelidikan terutama melibatkan kajian kualitatif.

    Bahagian 1
    Dalam bahagian ini, penulis menerangkan mengenai penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan pendidikan di mana penyelidik bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data yang berbentuk perkataan atau teks daripada peserta, menghuraikan dan menganalisis perkataan tersebut kepada tema dan menjalankan kajian dengan cara subjektif.

    Bahagian 2
    Menurut penulis, pemilihan pendekatan rekabentuk kualitatif bergantung kepada kesesuaian masalah kajian. Masalah kajian yang paling sesuai bagi pendekatan kualitatif iaitu masalah perlu diteroka untuk memperolehi pemahaman yang mendalam. Penyelidikan kualitatif memerlukan penyelidik mendengar pandangan peserta di dalam kajian, bertanya soalan umum, soalan terbuka dan mengumpul data di tempat manusia hidup dan bekerja serta berperanan dalam menggalakkan perubahan dan pembaikan kehidupan individu.

    Bahagian 3
    Penulis menerangkan tentang pengumpulan data kualitatif. Bilangan tempat kajian dan saiz sampel kajian adalah berbeza daripada satu kajian kualitatif kepada kajian kualitatif yang lain. Ia bergantung kepada kajian yang dilakukan. Menurut penulis, temu bual berlaku apabila penyelidik bertanya satu atau lebih soalan umum atau terbuka dan kemudian merekod jawapan peserta.

    Kesimpulan
    Buku ini memberi panduan dan idea bagi penyelidik yang memilih untuk melakukan kaedah kajian kualitatif. Penyelidik boleh menjalankan sesuatu kajian dengan menggunakan pendekatan-pendekatan reka bentuk kajian yang bersesuaian dengan masalah yang hendak dikaji. Penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan interpretasi dan penyelidik perlu membina makna daripada dapatan.