bground

Sunday, August 22, 2010

Definisi :: Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran & Penilaian ::


1. Apa itu Pentaksiran (Assessment)?
  • Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)
  • Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.
  • Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. (Zamrina, 1996)
2. Apa itu Pengujian ?
  • Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. (Kamus Dewan Bahasa, Edisi 4)

3. Apa itu Pengukuran (Measurement)?
  • Pengukuran merupakan suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu dan merujuk proses memberi penjelasan berangka bagi suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau peristiwa mengikut peraturan tertentu. 
  • Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian. (Ismail Daud,1998)

4. Apa itu Penilaian (Evaluation)?
  • Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. (Gray,1985)


No comments:

Post a Comment