bground

Wednesday, July 28, 2010

Ulasan Buku

  
ULASAN BUKU

Judul Buku :
Qualitative Research For Education (An Introduction to Theory and Methods)

Penulis :
Robert C. Bogdan & Sari Knopp Biklen

Tahun Terbitan : 2006

Bilangan Halaman : 248 muka surat

Pengenalan
Buku ini adalah teks pengenalan berkenaan kaedah kualitatif dalam penyelidikan pendidikan.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Buku ini juga membincangkan mengenai teori-teori dan metodologi yang disarankan dalam kaedah penyelidikan kajian kualitatif. Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah dan praktikal dan membantu penyelidik yang baru mula menceburi bidang penyelidikan terutama melibatkan kajian kualitatif.

Bahagian 1
Dalam bahagian ini, penulis menerangkan mengenai penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan pendidikan di mana penyelidik bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data yang berbentuk perkataan atau teks daripada peserta, menghuraikan dan menganalisis perkataan tersebut kepada tema dan menjalankan kajian dengan cara subjektif.

Bahagian 2
Menurut penulis, pemilihan pendekatan rekabentuk kualitatif bergantung kepada kesesuaian masalah kajian. Masalah kajian yang paling sesuai bagi pendekatan kualitatif iaitu masalah perlu diteroka untuk memperolehi pemahaman yang mendalam. Penyelidikan kualitatif memerlukan penyelidik mendengar pandangan peserta di dalam kajian, bertanya soalan umum, soalan terbuka dan mengumpul data di tempat manusia hidup dan bekerja serta berperanan dalam menggalakkan perubahan dan pembaikan kehidupan individu.

Bahagian 3
Penulis menerangkan tentang pengumpulan data kualitatif. Bilangan tempat kajian dan saiz sampel kajian adalah berbeza daripada satu kajian kualitatif kepada kajian kualitatif yang lain. Ia bergantung kepada kajian yang dilakukan. Menurut penulis, temu bual berlaku apabila penyelidik bertanya satu atau lebih soalan umum atau terbuka dan kemudian merekod jawapan peserta.

Kesimpulan
Buku ini memberi panduan dan idea bagi penyelidik yang memilih untuk melakukan kaedah kajian kualitatif. Penyelidik boleh menjalankan sesuatu kajian dengan menggunakan pendekatan-pendekatan reka bentuk kajian yang bersesuaian dengan masalah yang hendak dikaji. Penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan interpretasi dan penyelidik perlu membina makna daripada dapatan.
 
 
 

No comments:

Post a Comment